Undang-undang 99 Pentadbiran_Agama_Islam_di_Perak

Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan dibawa masuk oleh Syed Hassan dari Hadramaut semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Shah Ibni Sultan Mansur Shah (1577–1584). [1] Bahasa Inggerisnya “Ninety Nine Laws Of Perak ” adalah undang-undang yang tertua sekali di negeri Perak mengenai hal ehwal agama.

Tarikh tepat dikuatkuasakan Undang-undang 99 tidak dapat diketahui, cuma kuatkuasa Undang-undang 99 ini telah berjalan hingga pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Aziz Al-Mu'tasim Billah Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa (1938-1948). Ia telah digantikan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tersebut telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948 di bawah pemerintahan baginda sultan.